KEBANGKITAN, Episod 2 - Tips Mengembara Ke Luar Negara Semasa Musim Sejuk Di Bulan Puasa Bersama Anak Kecil!
Baiklah tanpa membuang masa lagi, berduduknya saya di sini
menaip keterangan sebagaimana tips yang dah dikhabarkan dalam episod lepas.
Entri kali ini lebih mengupas tentang survival redah trip yang mula-mula plan
lain, tapi lain yang jadi.
Jadi, inilah antara perkara yang
perlu kita titik beratkan sungguhpun dari tahap awal kita dah rancang baik punya kononnya. Kadang
emosi manusia berubah, kita tak boleh jangka. Apatah lagi kalau kita ni meredah
time bawa diri. Memang confirm2 letak harapan kat Tuhan je masa tu tanpa
fikirkan apa yang bakal nak jadi.
Here we go,
Kewangan & Kecemasan :
Jangan lupa peruntukan lebihan 30%-50% daripada kos keseluruhan
perjalanan sebagai simpanan untuk kecemasan. Kita tak tahu apa akan
jadi… jangan lupa aktifkan penggunaan perbankan antarabangsa. Aku pakai
maybank sebab bank rimau ni universal (sila semak jenis-jenis bank yang boleh
diakses di luar negara. Boleh call pihak bank terus).
So, jumlah pengeluaran pun if nak pakai cash kat sana akan
ikut rate di sana (ada rugi sikit bro… haha pandai-pandailah ye…)
Tiket Penerbangan :
Well guys… aku jenis minah nak terbang seminggu lagi pun
boleh beli flight ticket kalau nak buat gila… For sure, itu bukan menjimatkan,
tapi membazirkan. Ikutlah tapak kaki pun… agak rasa nak bawak diri itu jam
jugak aku beli. Naaa terus beli untuk aku... anak aku... kawan aku... yang ditugaskan sebagai bibik sampingan masa tu hewhew.
Dah tertidur budak cinonet ni... 8 jam penerbangan. Sekejap lentok sekejap baring.
Ni gambar masa balik... ngurat amoi... miumiuuuu
Tapi masa travel ke Sydney ni… honestly, aku belikan flight
ticket untuk kawan baik aku ni sebab nak sangat-sangat bawa anak sama, so kena
spend more money untuk bawa someone yang boleh attach sama. Sebab tu aku sayang
dia walaupun dia puaka hahaha (faktor lain bawa dia sebab nak bagi dia release atas musibah dalam hidup dia masa tu).
Jangan tanya "kenapa tak bawak parents???"
Jawapan dia, kalau nak bawak… kena bawak dua-dua. Tidak kang, kalau bawak Mak je… Abah aku jeles hokeh HAHAHAHAHAHA.
Jawapan dia, kalau nak bawak… kena bawak dua-dua. Tidak kang, kalau bawak Mak je… Abah aku jeles hokeh HAHAHAHAHAHA.
Passport / Visa / Declaration (if any) :
Ok, passport tak ada masalah… minimum 6 months before depart
kalau dah nak mati sangat pun (expired). Tapi nak memudahkan, silalah atur
semua dokumen tu lebih awal ya. Kang ada bani melayu tersekat kat pintu
imigresen payah pulak nak meraung mintak tolong sedara. Ishhh… amit-amit.
Untuk visa (Australia) pula, bole buat online selewat-lewatnya 2 minit
sebelum check-in penerbangan HAHAHAHAHA. Layari https://australianvisaauthority.org/?gclid=CIik1OiriMwCFQckaAodHF4FjA
, dan mestilah ada fees yang perlu dibayar melalui debit atau kredit kita. Tak
silap, satu permohonan dalam RM63 macam tu (tahun 2014). So, selamat memohon!
Tempat tinggal :
Masa kami travel ke sana, dengan bantuan kawan aku yang dah
menetap di sana. So, mereka adalah husband and wife yang very experienced
dengan hal-hal berkenaan travelling. Highly recommended!!! http://www.koalabelang.com/#!about-us/cfvg
Kenangan sebermulanya perjalanan kelab penerjunan!
Dan kalau nak tau, dorang ni lah laki bini yang banyak ajar
aku secara tak langsung mengenai survival di bumi asing especially tentang
skydiving sungguhpun aku jenis tak selalu update mana aku travel (atas sebab
keselamatan tertentu), for sure, nak ke mana-mana dorang ni jugalah yang selalu
aku refer… setidak-tidaknya review dorang secara ngintip-ngintip HAHAHAHAHAHAH.
Peraturan Jalanraya Antarabangsa (masa trip ni kami lebih
banyak memandu – lebih kurang 900km jaraknya) :
Kami sewa kereta dengan provider di sana. Still pakai lesen
Malaysia (means, kami tak apply international license kat JPJ pun yang macam
sesetengah negara kena buat tu)
Even nak naik teksi, sekiranya ada baby… kena naik yang ada
car seater. Let say teksi tu macam nak berhenti masa kita tahan… lepas tu dia
jalan balik, means dia tak ada provide car seater mihmihmih.
See, kami melalui dua condition pengangkutan yang berbeza.
Budgeting kereta sewa (sila review official website dia), yang ini aku tak berapa nak particular sangat sebab buddy aku yang dengan berbesar hatinya garit kad kredit dia kat kedai kereta sewa tu. Sebab tu aku sayang dia…. Aku harap, katakanlah aku memang dah tak berjodoh sampai tua, misal kata mati esok… kubur aku sebelah dia pun tak apa. (*crying tahap kipas oven)
Tempat dilawati (Itinerary) :
Tak tau nak cakap sebab trip ni main terjah, based on google
review dan tanya kawan-kawan. Sebab tu aku kata kena standby duit lebih sebab
semua ni terjadi tanpa disangka-sangka HAHAHAHAHAHAHAHA.
(Even tak dijangka, sila control cash flow sebab kita kat
tempat orang apatah lagi bawa anak… ingat tu)
Ini antara tempat-tempat yang kami lawati disamping
sekejap-sekejap berhenti untuk snap picture. Sempat juga lah ke Moruya DZ even
tak jadi terjun pun (atas faktor cuaca sejuk) BHAHAHAH padan muka… kau rasakan!
Pakaian :
Masa tu dah masuk musim sejuk dan melalui bulan Ramadhon dan kami pun memang
berjalan di tempat sejuk... Hari pertama puasa kami bermusafir di highway dari Canberra nak ke Thredbo (tempat main salji).
p/s: nak masuk Thredbo Mountain kena bayar entrance fee AUD27 per adult.
p/s: nak masuk Thredbo Mountain kena bayar entrance fee AUD27 per adult.
Pilih kasut Cik Ila!
Untuk pakaian, pilih baju anak daripada material tebal yang boleh guna seeloknya untuk siang dan malam sebab dalam tempoh sejuk… anak jarang berpeluh. Cuma kena make sure kebersihan paling utama untuk keselesaan dia. Selain pemilihan material yang betul… banyak masa dapat kita jimatkan daripada terlalu concern hal pakaian yang kurang perlu (means tak perlu bawa pakaian cantik sangat… asalkan sesuai dengan cuaca tempat kita pergi).
Di Malaysia, kita boleh dapatkannya di mana-mana outlet universal traveller dan sebagainya. Ada juga jenis member online yang rajin jual preloved sebab dorang dah tak nak guna…. So boleh beli dari mereka, sambil-sambil dapatkan beberapa tips perjalanan dari mereka. Seronok kongsi cerita!
Tapi jangan beli terlalu banyak sebab nanti dah sampai sana ada yang jenis tak sesuai… so, membazir. Cuma dari segi masa… jimat lah. Tapi kalau nak beli tambahan kat sana, kena consider masa tambahan okeh!
Masa ni shopping sikit di JPO, Kulai
Booties ni beli di Sydney
Aku bahagia sangat masa sampai sini sebab nampak sangat riak
wajah anak yang seronok (sebab aku jarang cuti panjang sebab sibuk kerja), ceria, dan gembira…. manja satu hal….
Sekejap-sekejap melompat…. Nak peluk. Very close kami masa tu ditambah dengan
perjalanan jarak jauh…. Kami dua beranak rasa sangat dekat dan bahagia.
Orang di sana peramah... masa di KFC ada seorang uncle 40-an pegang anak aku sebab dia suka baby... especially anak aku tu peramah. Tak sangka... bila kami masuk kereta semula... nampak pakcik tadi kat parking dengan anak dia 5 orang. Suwitnya pakcik tersebut... kihkihkih.
Seronok di Thredbo. Punyalah perempuan kampung. Nak main salji sekejap-sekejap masuk kereta (di sana kereta ada heater khas) sebab tak tahan sejuk. Mula-mula bukan main excited. Hati-hati ya kawan-kawan... sebab kita bawa anak. Jangan sampai kita melebih excited sampai lupa soal safety. Masa ni... dalam la juga layer snow tu... adalah paras lutut.
Anak lanang aku la paling excited... dia macam tak sejuk... ajak balik tak nak... yang mak dengan makcik ni risaukan puasanya hahahahahaha.
Ada kisah misteri kebuluran masa kami tiba di Canberra. Hahaha... cari halal food tak jumpa. Menjajar la kami serata tempat. Alhamdulillah, kami jumpa Indian Muslim Restaurant berhampiran backpacker room (Dickson Backpacker, Canberra) kami tu... apa lagi... balun Beriyani!
p/s: masa tu... suhu -5°c. Adults can survive... risaukan anak lanang tu je tapi Alhamdulillah he's very good boy and will always be my boy!
Bagi adults, pakai sport shoes atau boot untuk keselesaan terutamanya untuk perjalanan jauh. Ini penting sebab melibatkan soal keselamatan dan keselesaan tulang belakang dan sebagainya. Jangan kerana excited nak travel… nak melaram… balik sakit-sakit badan. Ingat… sekali travel… nak travel je… so badan nak pakai lama.
Insyallah… tahun demi tahun, kami anak-beranak akan terus mengembara lagi mencipta kenangan yang indah-indah.
p/s: akan ada entri lain untuk tips mengembara bersama anak kecil sebab buat masa ni masa tak berapa mengizinkan nak share. Sekadar perkongsian kecil... apalah sangat kita kalau nak dibandingkan dengan geng yang dah selalu merayap bawa family. Selagi ianya perkongsian yang menarik... ia tetap ada nilai positif untuk yang lain.
Makanan dan kebersihan anak
Then, kalau nak bawa makanan kering or packing dari Malaysia
kena dapatkan yang authorised di sana contohnya yang kita beli di Giant atau
TESCO. Yang sedap bungkus oleh mak bapak masing-masing hahahahah memang tak
boleh. Contohnya, kau bungkus kuih batang buruk nak makan kat sana. Confirm kat
imigresen dia lontar makanan kau tu kat tong buang.
Masa kami jalan ni.... menginjak ke bulan puasa dah. Hari puasa ke-3 baru kami balik Malaysia.
Kalau anak dah start makan, kena make sure bawa makanan tambahan dia sebab di sesetengah negara, ada makanan yang sesuai dengan anak kita tak ijual di sana. Macam tu juga dengan susu FM. Masa aku pergi sana tu aku bawa susu refill dia 1 paket. Rupanya kat sana dia lagi kuat menyusu dan makan maybe seba lapar selalu, cuaca sejuk, dan penat berjalan. Alhamdulilah dia nampak enjoy sebab umur dia masa tu da semakin banyak explore benda-benda baru dia nampak.
Kalau anak dah start makan, kena make sure bawa makanan tambahan dia sebab di sesetengah negara, ada makanan yang sesuai dengan anak kita tak ijual di sana. Macam tu juga dengan susu FM. Masa aku pergi sana tu aku bawa susu refill dia 1 paket. Rupanya kat sana dia lagi kuat menyusu dan makan maybe seba lapar selalu, cuaca sejuk, dan penat berjalan. Alhamdulilah dia nampak enjoy sebab umur dia masa tu da semakin banyak explore benda-benda baru dia nampak.
Pampers & toiletries. Toiletries tak jadi masalah besar
sebab kita boleh bawa yang travel pack. Pampers yang kita kena consider sebab
kalau banyak jalan… banyak makan… banyak letihnya… jadi banyaklah membuangnya.
Soal keselesaan anak ni kita kena tekankan sebab boleh
mempengaruhi mood perjalanan kita. Tapi Alhamdulillah anak lanang aku tak
banyak ragam dan memang senang dijaga. Cuma sebab kita tak tau kedai mana yang
kita nak singgah soal pampers dan makanan anak ni… jadi seeloknya kita standby
lebih ataupun awal-awal sampai tu….. kita dah review mana mart yang terdekat.
Hubungan baik dengan rakan host/traveller (untuk rujukan
kecemasan) :
Refering to short article team KayBix yang dulunya dikenali
sebagai Koalabelang, sepanjang kami di sana yang kami tak berapa nak pasti,
banyak perkara yang kami tanya pada tauke dia. Mereka sangat membantu.
Even ada kawan di geng BBM (Backpackers Buddies Malaysia)
yang berpengalaman di bumi asing, tapi kenapa entah… senang sangat refer dengan
dorang ni… mungkin sebab kawan, dan they are very well experienced so better
refer mereka dan ada juga suggestion tertentu dari mereka yang membolehkan kami
bergerak dengan senang pada masa tu, walaupun di luar pakej mereka. See… kan ke
murah rezeki mereka membantu musafir…
Semoga KayBix terus cemerlang!
p/s : mereka turut mempelawa mana-mana pihak yang ingin
melabur dalam hartanah di sana melalui crowd funder secara legal. Jadi,
bolehlah menghubungi tauke terbabit.
“Ko jangan memain ye… tauke ni askor recon bukan main-main
punya. Kau nak nipu pun dia tau nak tibai balik tang mana”.
Belajar budaya :
Budaya biasa kami tak berapa kisah dan faham lain tempat
lain jiwanya… itu natural. Tapi budaya yang agak shock pada kami adalah timing
which means mereka sangat family oriented dan masa berehat mereka memang keutamaan.
So, next time nak jalan-jalan… belajarlah tentang basic
cultural life mereka untuk memudahkan kita nak ke mana. Still, benda utama kat
tempat orang… polite and respect. Mereka pun tau hormati kita sebagai pendatang
di tempat mereka.
Pentingnya research :
Baiklah, point yang ini memang you guys have to ponder sebab
di awal artikel ada dinyatakan macam mana kelam-kabutnya kami ni (those days la
kan… hahahaha). Mungkin sebab kami ni kepala gila-gila jenis pakai boleh redah,
so tak berapa nak kisah. Tapi you guys kena ambil iktibar supaya tak terjadi
benda-benda remeh yang boleh drag masa percutian dan bajet perjalanan tu very
over mak ngah… then, imagine kalau kita jenis bawa dua atau tiga orang anak.
Tak ke kalut ke laut…. Kita tak apa… anak-anak yang kesian.
By the way guys, nama pun traveller… backpacker… even
tourist… survival tu tetap kena pasak di dade. Gitchewww~~~~
Selamat mengembara lagi dan lagi…
jaga diri ya!!!
p/s : Lebih banyak entri
pengembaraan akan dikongsi (sekarang simpan dulu kihkihkih)
Katakanlah:
Mengembaralah kamu di muka bumi kemudian lihatlah bagaimana kesudahan
orang-orang yang telah lalu (yang telah dibinasakan); kebanyakan mereka adalah
orang-orang musyrik. – (Surah ArRum, ayat 42)
|




























Ulasan
Catat Ulasan