Tips Cepat Melangsaikan PTPTN
Kaedah ini sesuai untuk mereka yang ada komitmen, bekeluarga, ataupun masih dalam tempoh pengajian terutamanya PJJ. Tanamkan dalam diri, "Tak akan jatuh miskin hidup kita dengan menjelaskan hutang di dunia". Ini adalah pengalaman saya sendiri menjelaskan pembayaran dalam masa 2 tahun (lepas ambil kira kewangan yang kukuh dari pelbagai aspek), daripada jumlah pinjaman termasuk kadar pekdah dia (yang ni memang nak maki) berjumlah RM23,500... kini tinggal hanya RM10,000. Respect kat kawan-kawan yang dah habis bayor... well done buddies! Kena tanam target dalam diri sebagai personal achievement bagi jangka masa berapa tahun ni halahaiii tak beli gelang emas la jawabnya.. (Kena cut benda belum perlu). Target nak habiskan semuanya bulan 6 tahun depan. Nantikan entri berikutnya! - bersambung -