KEBANGKITAN, Episod 1 - Tips Mengembara Ke Luar Negara Semasa Musim Sejuk Di Bulan Puasa Bersama Anak Kecil!

Waaaa panjang betul tajuk… Spesifik apa… bagaimana… ke mana… bila… dengan siapa…! 

Dikongsikan berdasarkan pengalaman trip redah kasi pecah sebab tujuannya lain, tapi bila sampai jadi lain hahaha.

Entri kali ni lebih kepada soal penjagaan dan kawalan keselamatan untuk anak masa kita ubah travel plan… sebab kita dah besar kan? ‘Up jadi’ je tak payah nak pening kepala sangat dah tau nak survive tu macam mana… so, jangan lupa you guys kalau berdepan dengan keadaan macam ni, tell your story pada anak-anak sebagai satu episod kebangkitan! Miahahaha.

Ok, ini sharing tips untuk travel ke luar negara bersama anak under 2 years old. Masa aku travel ni, umur dia 1 tahun 7 bulan (tiket flight free HAHAHAHA) dan hanya ditemani oleh seorang BFF. Nasib baik perempuan ni sama puaka macam aku. So, dia sangat-sangat sekepala dan membantu. 

Orang kata, bawa anak kecil travel jauh ni sangat tak berbaloi… Tapi aku sangkal sangkaan yang tak tepat sama sekali tu. Sebab setiap perjalanan kita adalah sesuatu memori yang indah untuk kita kenang, apatah lagi masa anak kita tu masih bayi. Segala gambar kenangan tu akan memberikan sebuah cerita pada anak kita nanti… Terserah, macam mana untuk dia hargai asalkan dia tahu macam mana bermulanya sebuah perjalanan untuk dia dalam keadaan yang tak disangka.

Actually, kisahnya begini… Aku memang nak travel bawa anak sebab dah lama tak cuti masa tu, tapi yang membataskan adalah tempoh cuti tahun tempat aku bekerja… jadi aku buat 2 in 1 plan bawa anak pergi training sebab cuti yang aku apply tu dalam masa yang sama boleh digunakan untuk menjalani latihan Skydiving di sana… so, memang aku decide on the spot untuk menjimatkan baki cuti yang ada nanti (faktor lain is bawa diri atas musibah yang melanda masa tu… so, itu salah satu faktor kot 360 change plan travel tu menjadi sebab konsep dia balun je la apa nak jadi).

Yang menjadikan hati aku berdegup kencang pada waktu tu adalah aku macam penjenayah nak ke oversea melalui sekatan Interpol. Selain ke sana tanpa bapanya (sebab aku single mom), takut macam-macam perkara bahaya jadi tapi aku berserah pada Allah memandangkan masa tu pun aku nak release mood atas musibah yang melanda. Then, whatsapp group office aku berbunyi je… so aku jadi takut sebab masa apply cuti tu tak declare betul-betul kat boss aku nak ke oversea untuk latihan Skydiving. (sorry bos, I really sayang u demi bonus gaji I. HAHAHAHA).
p/s: Latihan Skydiving memakan masa dan kena buat secara berterusan regardless time and space, money or so on. Jadi, nak join sukan ni jiwa kena betul-betul tabah dan kental untuk berdepan dengan risiko jatuh, bangun, gagal, putus asa dan sebagainya.


Masa tu dekat-dekat nak puasa. So sebelum berlepas ke sana, banyak perkara aku kena titik beratkan especially makanan dan pakaian anak sepanjang peralihan tempoh ke bulan puasa tu. Kami dua manusia dewasa ni still boleh survive dengan macam-macam condition (memandangkan both of us already combat enough masa tu. All compartment in our body is in FULL MODE). Pack baju ON TIME ok! Bertuahnya kalau dapat wife macam kiterang cuma puaka je la masa ketawa. Kahhhhhh!

Ok, aku akan cerita sedikit demi sedikit untuk memudahkan pemahaman some gangs yang tanya macam mana nak berdepan dengan situasi macam ni (SASPEN LAGI!!!). Panjang berjela sembang sebelum ni muqodimah je hahaha.

So, next entry will be some tips berdasarkan pengalaman aku meredah unplanned trip macam ni. Sebabnya jadi unplanned? Aku nak pergi training Skydiving, tapi atas faktor peralihan cuaca sejuk, latihan tersebut terpaksa dibatalkan saat akhir. Mari sneak peak beberapa point yang perlu dititikberatkan :

  1. Kewangan & Kecemasan
  2. Tiket Penerbangan
  3. Passport / Visa / Declaration (if any)
  4. Tempat tinggal
  5. Peraturan Jalanraya Antarabangsa (masa trip ni kami lebih banyak memandu – lebih kurang 900km jaraknya)
                   Masa ni tudong aku ntah ke mana... dengan aku sekali ntah drive ke mana

6. Tempat dilawati (Itinerary)
7. Pakaian anak
8. Makanan anak

 
Nasib baik Anak Lanang ni tak banyak meragam. Asal dia tidur cukup, selesa, perut kenyang.

9. Hubungan baik dengan rakan traveller/host (untuk rujukan kecemasan)
10. Belajar budaya
11. Pentingnya research 

- bersambung - (macam siri telinobela) 


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBANGKITAN, Episod 2 - Tips Mengembara Ke Luar Negara Semasa Musim Sejuk Di Bulan Puasa Bersama Anak Kecil!

Welcome Home HERO, Mentakab Chapter

Positive Energy!