Cara Cepat Melangsaikan PTPTN – PART 1 : KAEDAH PERTAMA

FFFFuuuuuuuu... berhabuk 4 bulan kata nak sambung! Haha... busy mengalahkan Mamy Rose. Apa boleh buat. So here we go.




(Baca sampai habis, sebab kita tak tahu kaedah mana satu yang sesuai dengan kehidupan masing-masing. Kaedah ini sesuai diguna pakai oleh mana-mana graduan yang memenuhi pasaran industri kurang dari 10 tahun tempoh bekerja tetapi dah memiliki aset seperti rumah dan tanggungan seperti kereta. Dalam masa yang sama macam mana nak selesaikan PTPTN dalam masa yang cepat?)
Siapa tahu dengan kaedah yang simple tetapi berdisiplin, kita dapat langsaikan PTPTN dengan cepat… bolehlah berangan tambah rumah, tukar kereta, dan rancang aset lain… boleh rancang umrah atau haji dengan cepat!)

Ia harus dimulai dengan niat yang konsisten dan disiplin yang tinggi terutama sekali dalam mengurangkan perbelanjaan lain (yang tidak perlu).

Berikut hanyalah sekadar perkongsian kaedah mempercepatkan urusan melangsaikan hutang PTPTN. Saya berjaya menyelesaikannya dalam tempoh kurang dari 3 tahun daripada perjanjian bayaran balik selama 10 tahun.

Saya gunakan kaedah 1-4.

Semoga perkongsian pengalaman ini boleh dimanafaatkan oleh semua rakan-rakan yang berusaha baik ke arah itu.
“Hati kena kental macam mana kentalnya kita nak terjun dari aircraft”.

1 – DOWNGRADE HIDUP, untuk kepentingan perbelanjaan isi rumah dengan cash flow yang baik.
Dari kereta MPV, saya menukarkannya kepada Proton Saga 1.6 FLX SE. Ini paling pening nak pilih sebab kerja kena outstation sana sini… so kena cari kereta mampu milik yang specification boleh bantai kat highway. Haha… meleleh juga tengok kawan-kawan pakai Hybrid, pakai BMW… kita mampu actually… tapi sabarlah…………. Sabar banyak-banyak. Daripada monthly payment mencekik leher untuk perbelanjaan isi rumah yang lain, adalah lebih baik pakai kereta biasa-biasa. Minyak biasa-biasa, maintenance pun biasa-biasa.

Duduk perumahan kos rendah. Rezeki bos suruh duduk kuarters (of course still berbayar), asalkan pandai kemas dan bersih. Sebab kekotoran rumah akan mempengaruhi mood nak kerja dan mood lain. Mood tu penting untuk generate pemikiran positif untuk perkara lain.
Yang ini kira senang je…. kerja pun jarang balik rumah, HOHOHOHO (ketawa macam Santa Claus) so memang akan transit di mana-mana budgeting motel or 5 star hotel (majikan sponsor for event/meeting), atau rumah orang tua… tapi as long kerja jauh kena tinggalkan anak kat orang tua, memang kena make sure kebajikan anak dan orang tua terjaga. Atur sebaiknya. Tinggalkan perbelanjaan yang cukup dan doakan keselamatan mereka sepanjang ketiadaan kita.

Benda lain… macam baju, handphone… semua jenis pakai biasa-biasa. Ntah… Tak ada feel nak impressed orang. Bukan outdated. I run with my own style.

The keywords is downgrade hidup. Lama-kelamaan kita akan biasa.


-bersambung-

HAHAHAHAHAHA aku punya sambung 5 bulan akan datang lah kot...(harap-harap lusa kahkahkah).

Ulasan

Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBANGKITAN, Episod 2 - Tips Mengembara Ke Luar Negara Semasa Musim Sejuk Di Bulan Puasa Bersama Anak Kecil!

Welcome Home HERO, Mentakab Chapter

Positive Energy!