Cara Cepat Melangsaikan PTPTN – PART 2 : KAEDAH KEDUA
Mahu ataupun tidak, sebagaimana kemahuan kita beriya-iya nak
travel, nak backpack sana-sini…. Jiwa kenalah batu, kental nak buat part time.
Sengkang mata buat macam-macam.
Tahun 2015, 7 kali saya dimasukan ke hospital gara-gara
terlalu penat, demam berulang, macam-macam penyakit tak diduga… termasuklah
kurang kasih sayang, nak mintak nurse jagakan.
(SUBLET)
Saya attend Seminar Hartanah anjuran geng Abang Ensem, Abang
Shafie Bustan, Abang Syahnaz Akhtar… saya selalu tengok posting mereka di
facebook dan akan kejar mereka based on tarikh yang mereka tetapkan. Kalau saya
tak pergi… saya akan tanya kawan yang pergi apa yang mereka dapat dari
perkongsian pengalaman mengenai ilmu hartanah. Apa yang penting, TINDAKAN! Saya
ikuti seminar hanya sekali, dan terus berani untuk mencerburi pelaburan
hartanah sublet
Kini saya telah mengusahakan 4 buah sublet, satu daripadanya
homestay.
Kalau nak belajar lebih lanjut, carilah mereka-mereka itu.
Tuntutlah ilmu dengan mereka.
Saya belajar dengan orang-orang hebat ini. Dan kuncinya
adalah TINDAKAN!
Entri akan datang saya akan publish kat mana homestay yang
saya usahakan dan macam mana nak check in situ melalui airbnb.com dan
memperoleh pendapatan pasif melalui matawang USD.
Stay tune guys!
(MENJAHIT)
Saya juga mengambil tempahan menjahit manik di mana-mana
butik pengantin yang memerlukan. Menjahit ni penat, rumit. Jadi…………. Kau sabar
jelaaaa… Nak duit tak? Kalau nak, buat. Kau nak bayar PTPTN kan?
Cuma bezanya, jahit ni makan masa berbanding memasak… habis
masak kemas, basuh perkakas. Menjahit? Aje meninggallll kau nangis-nangis.
Kalau nak dapatkan pendapatan berkala dengan kaedah tetap,
ambil tempahan secara borong dan focus pada satu rekaan. Contohnya tudung… atau
nak senang beadings/detailing. TERSERAH!
(MEMASAK)
Yang ini kompius sebab selalu orang ingat jenis perempuan
perangai kasar ni tak suka duduk dapur. “Nehi…. Nehi… Nehi…. Meri zindagi….”.
Anda silap gaisss….
Saya suka mencuba resipi dan minta kawan-kawan rasa… bila
dapat complaints, saya perbaiki. Dari situ saya mampu marketkan produk masakan
saya walaupn secara kecil-kecilan.
Alhamdulillah setiap bulan ada je order masuk. Dengan duit itulah saya
tambah tabungan.
Yang paling tak disangka, bos-bos jabatan pun order cater
dengan kita. Haha… Rezeki datang dalam pelbagai bentuk.
Dan kadang-kadang… memang saya lebihkan masakan tu untuk
packing dan letak secara percuma di masjid berdekatan. Sebab masjid tu tempat
musafir… kita tak tahu, mungkin mereka lebih lapar daripada kita. (Yang ini…. Sebak
sebab teringat zaman mula menjanda dulu nak makan sedap-sedap pun terpaksa
sekat duit sebab ingat susu pampers anak).
“Meski ku rapuh…… dalam langkah…..”, (Lagu sadar diri…)
(ANDAMAN)
Alang-alang nengok Youtube… tengok pesbuk perempuan cantik
rajin bersolek… trylah kat muka sendiri. Lama-lama ia berseni.
Dalam kita rasa macam tak cantik tu (patut-patut jugalah…
kalau dah tahap nampak koyak rabak tu taka da celah cantiknya pun)… sebenarnya
ada yang menghargai bakat kita, apatah lagi orang yang nak kahwin nak bertunang
taka da bajet besar… memang dia akan cari kita. Dari situ kita boleh generate
pasif income yang kita rekodkan dalam buku kira-kira. Dari situ kita boleh
polish untuk jadikan pendapatan pasif. Yang penting… kita kena ada passion
untuk dapatkan income dari apa yang kita buat.
Nasihat saya pada adik-adik yang menanti keputusan
penempatan di IPTA/IPTS… belajarlah kemahiran… dulu saya tomboy. Belajar
menjahit dengan makcik-makcik kat KEMAS (Jabatan Kemajuan Masyarakat). Kalau
perangai ada sikit jantan….. tak kan mulut puaka Mak Bedah tak boleh nak
hadap??? HAHAHAHAHAHA.
“Kelasss hengko…. Sekarang aku menjahit manik dengan baju
pengantin je…. Berapa dah aku dapat… rezeki kan…ada je datang dari celah mana
selagi kita usaha”.
Penat. Tapi memang dunia ni tempat kita berpenat.




Ulasan
Catat Ulasan