Cara Cepat Melangsaikan PTPTN – PART 3 : BONUS GAJI YANG DILABURKAN

Bonus gaji 6 bulan yang dilaburkan. Macam sacrifice sangat bunyi dia...


Jangan beli apa-apa tanggungan melalui deposit hasil bonus sebagai liabiliti!
(Hanya manusia yang mampu tahan nafsu boleh mengguna pakai kaedah ini hahhahahahaha)

Lepas buat pembayaran untuk keperluan keluarga dan sebagainya, LABURKAN ia ke dalam ASB!
Kalau jenis nak beli apa-apa sikit-sikit tu… jam tangan ke… apa-apa ke… belilah as rewarded to ourself. Kita penat kerja… Kalau bonus sampai 6 bulan gaji… membohong sangat tak beli apa-apa. Kan ke tak sebaldi air liur? Kesianlah diri kita sendiri.

Tapi, harus diingat ya tuan-tuan dan puan-puan,
Jangan laburkan di mana-mana skim MLM ke, cepat kaya ke, skim mampat padat ke… semua tu akan lebur… percayalah. Masa kawan-kawan tahu duit kita tengah berkepuk, diaorang akan dekat dengan sendirinya untuk backup banyak perkara termasuklah nak minta tolonglah… minta pinjamlah… minta sikitlah…

DAN JANGAN beli kereta baru atau apa saja yang memerlukan installment bulanan, selagi mana kereta lama boleh bergerak menghubungkan dari Titik A ke Titik B… Titik tu umpama laaa… kalau nak paham… gantikan titik tu sebagai Pontian ke Taiping. Muahahahaha…

Sebab kereta adalah liability (perlu). Dalam usaha mengurangkan hutang, kita perlu atur priority keperluan. Kita memang akan rasa gah as rewarded pada diri sendiri sebagai achievement, tapi tahukah engkorang dengan membeli kereta baru melalui duit bonus berapa bulan pun tanpa melangsaikan keperluan yang lebih utama, atau mungkin melambat-lambatkan pembayaran PTPTN ni akan menggalakan nasfsu untuk perkara lain, ia tetap akan jadi sebagai tanggungan jangka masa panjang.

Sebab fokus utama perbincangan kita adalah untuk menyelesaikan hutang PTPTN dalam jangka masa yang lebih pendek daripada yang dijadualkan. Lebih cepat lebih bagus, lega!

Dalam masa menanti tempoh matang untuk dividen, kita bebas untuk meluangkan beberapa % daripada bonus tersebut sebagai bayaran tambahan, disusuli potongan gaji yang masih berjalan (ataupun disiplin bayaran secara berjadual). Cara ini super duper FAST!

6 bulan  (contohnya di pihak saya) tu banyak kot. Kalau nak settle down full repayment pun boleh sangat… terpulanglah asalkan kita pandai mengatur. Cuma kaedah yang saya gunakan serampang 14 mata hahahahaha. Semua benda dapat settle dalam masa yang diaturkan, sambil menanti dividen hasil simpanan.

And then, TUTUP SEBELAH MATA. Anggap macam tak pernah ada pun bonus tu. Sakit weh… sakit. Tapi kau jangan banyak cakap… Bayar je. HAHAHAHAHAHAHAHA.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KEBANGKITAN, Episod 2 - Tips Mengembara Ke Luar Negara Semasa Musim Sejuk Di Bulan Puasa Bersama Anak Kecil!

Welcome Home HERO, Mentakab Chapter

Positive Energy!